1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

   1. Syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (entiti korporat), Kementerian Kewangan (kepala di dalam bidang bahan letupan) dan PDRM (peringkat IPK).
   2. Semua ahli lembaga pengarah syarikat serta kakitangan termasuk pakar piroteknik perlu lulus tapisan keselamatan PDRM.
   3. Syarikat perlu mempunyai insuran perlindungan liabiliti awam.
   4. Syarikat perlu mempunyai tempat simpanan bahan piroteknik yang selamat dan menepati spesifikasi Kementerian.
   5. Syarikat yang ingin mengimport dan menyimpan bahan piroteknik perlu mempunyai rumah penyimpanan bahan letupan. Sekira tidak, syarikat perlu mengemukakan bukti penyimpanan bahan letupan di tempat yang selamat.
   6. Pembakaran bahan piroteknik adalah dilarang pada majlis-majlis berikut:-
          * Sambutan keagamaan.
          * Perkahwinan
          * Perhimpunan politik atau majlis-majlis yang memanfaatkan segelintir masyarakat berasaskan ras, agama atau politik serta majlis peribadi
   7. Pembakaran bahan piroteknik tidak dibenarkan di dalam bangunan kecuali di dalam premis berikut: -
          * Stadium tertutup
          * Teater
          * Auditorium
          * Dewan di dalam hotel
          * Dewan konvensyen atau dewan pameran
   8. Pembakaran bahan piroteknik tidak boleh dilakukan di atau berhampiran lokasi-lokasi berikut:-
          * sekolah
          * hospital/ pusat perubatan
          * kawasan perumahan
          * Stesen minyak
          * Lokasi simpanan bahan mudah terbakar
          * Kawasan mudah terbakar seperti hutan, semak samun dan tempat pelupusan sampah
          * Lain-lain kawasan yang berpotensi untuk berlakunya kebakaran.
   9. Hanya bahan piroteknik yang selamat dan sesuai yang diperoleh dari pembekal bahan piroteknik sahaja dibenar untuk digunakan bagi pertunjukan.
  10. Pertunjukan piroteknik tidak boleh dilakukan selepas jam sepuluh (10) malam kecuali bagi sambutan khusus seperti Sambutan Tahun Baru dan Sambutan Hari Kemerdekaan.
  11. Tempoh pertunjukan piroteknik tidak boleh melebihi sepuluh (10) minit bagi pertunjukan luar bangunan dan tidak melebihi satu (1) minit bagi pertunjukan dalam bangunan.
  12. Waktu dan tempoh pertunjukan bunga api juga perlulah mengambilkira sensitiviti masyarakat setempat khususnya daripada segi faktor kemasyarakatan, budaya dan agama. Pengecualian diberi kepada majlis-majlis yang membabitkan masa khusus seperti sambutan Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.
  13. Syarikat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan tempat pembakaran bahan piroteknik serta kawasan sekitarnya selamat.
  14. Syarikat perlu menyediakan peralatan mencegah kebakaran yang sesuai di lokasi.
  15. Syarikat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan lokasi-lokasi yang terbabit dengan pembakaran bahan piroteknik dibersihkan selepas pertunjukan selesai.

PERMOHONAN

    * Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam pada atau sebelum tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pertunjukan diadakan.
    * Permohonan yang lengkap perlu mengandungi butiran berikut: -
          o Nama Pemohon (syarikat piroteknik)
          o Lantikan pemohon sebagai kontraktor pertunjukan dari Penganjur utama majlis
          o Tajuk majlis
          o Tarikh pertunjukan
          o Masa dan tempoh pertunjukan
          o Senarai bahan letupan
          o Senarai nama juruletup
          o Identiti VIP (sekira ada)
    * Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan di dalam tempoh masa yang ditetapkan kepada alamat berikut: -

      Setiausaha Bahagian
      Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
      Aras 10, Blok D1, Kompleks D
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62546 PUTRAJAYA
      No faks: 03-88891763/1751

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

15764508

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime