1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

1. Apakah penerbitan yang memerlukan permit?

    * Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
      Permit Penerbitan (Malaysia)
          o Seksyen 6 (1) (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 :Akhbar yang dicetak di terbitkan di Malaysia.
            ( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung )
            ( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak )
            ( Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah )
    * Permit Penerbitan (Singapura)
          o Seksyen 6 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984:Akhbar yang diterbit dan dicetak di Singapura untuk dibenarkan diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
            ( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura )

2. Apakah penerbitan yang dikecualikan daripada permit?

    * Terdapat 3 jenis penerbitan yang dikecualikan:
          o Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
          o Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun di bawah Seksyen 25 (1);AMCP 1984; atau
          o Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2); AMCP 1984 .

3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan?

    * Tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan bergantung pada jenis permohonan seperti berikut :
          o Permohonan Baru: 2 bulan
          o Permohonan Pembaharuan / Pertukaran: 1 bulan
          o Pertukaran: 1 bulan

4. Berapakah kadar bayaran sesuatu permit dan bagaimana kaedah pembayarannya?

    * Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut :
          o Harian                                               RM 3,000.00
          o 5 atau 6 kali seminggu                  RM 2,000.00
          o 2 atau 3 atau 4 kali seminggu      RM 1,000.00
          o Mingguan                                          RM   800.00
          o 2 atau 3 kali sebulan                      RM   500.00
          o Bulanan                                             RM   400.00
          o 1 hingga 11 kali setahun               RM   300.00
          o Surat Berita                                       RM    50.00

5. Bagaimanakah sekiranya nama Pemohon / Ketua Pengarang bagi penerbitan Singapura berbeza dengan nama dalam MICA (Ministry of Information, Communications & the Arts, Singapore)?

    * Pihak penerbit Singapura perlu mengemukakan surat pengesahan bahawa nama Pemohon / Ketua pengarang adalah berbeza di butiran MICA yang masih berkuat kuasa.

6. Bagaimanakah cara untuk menghantar atau mengepos borang Permit Penerbitan?

    * Borang Permit Penerbitan boleh dihantar / dipos kepada :

        Kementerian Dalam Negeri
        Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ)
        Aras 6, Blok D1, Kompleks D,
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
        62546 Putrajaya.
        Tel  : 03-88863951,88863909,88868416
        Faks : 03-8889 1682


7. Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran Permit Penerbitan (Malaysia/Singapura) ?

    * Borang Permit Penerbitan boleh dihantar / dipos kepada :
          o Pembayaran boleh dibuat secara Money Order / Bank Draf di atas nama penerima KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI dan berpalang. Sila sertakan juga sampul surat berukuran 16cm x 23 cm yang beralamat sendiri serta setem (50 sen) bagi pengiriman resit dan sijil penerbitan.
    * Pembayaran boleh dialamatkan kepada:
       

        Kementerian Dalam Negeri
        Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ)
        Aras 6, Blok D1, Kompleks D,
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
        62546 Putrajaya.
        Tel  : 03-88863951,88863909,88868416
        Faks : 03-8889 1682


Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16617849

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime