Rayuan Permohonan Permit Masuk
Permit Masuk adalah satu kebenaran untuk masuk dan berada di Malaysia di bawah Seksyen 10 Akta Imigresen 1963. Kelulusan Permit Masuk ini melayakkan pemegangnya untuk memohon taraf penduduk tetap di Malaysia.
Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dibuat di Jabatan Imigresen Malaysia. Rayuan permohonan Permit Masuk hanya boleh dibuat selepas permohonan untuk mendapatkan Permit Masuk di tolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Golongan yang boleh dipertimbangkan rayuannya adalah seperti berikut:-
- Individu yang mempunyai kelulusan dan kepakaran professional yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara tanpa menjejaskan hak warganegara sedia ada;
- Individu yang mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Menteri, mengesahkan kemasukannya ke negara ini memberi faedah kepada perkembangan ekonomi negara;
- Isteri dan anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah bagi mereka yang masuk ke negara ini bagi kategori 1 dan 2;
- Isteri yang sah kepada warganegara Malaysia yang telah tinggal bersama suaminya di negara ini secara terus menerus selama 5 tahun atau lebih, atas kemudahan imigresen jangka panjang ( pas lawatan sosial / kerja sementara / pas penggajian); dan
- Anak-anak kepada warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun dan ke bawah
- Individu yang boleh dipertimbangkan kemasukkan atas dasar belas kasihan
Kuasa Melulus
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
- Isteri kepada warganegara Malaysia.
- Anak-anak kepada warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun dan ke bawah
Menteri Dalam Negeri
- Rayuan permohonan selain daripada 2 kategori di atas
Rayuan permohonan Permit Masuk hendaklah dikemukakan kepada Y.B Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 10(3) Akta Imigresen 1959/63 dalam tempoh 30 hari selepas permohonan Permit Masuk ditolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Rayuan tersebut hendaklah di alamatkan kepada:
Bahagian Hal Ehwal Imigresen
Kementerian Dalam Negeri
Aras 5, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Y.B. Menteri Dalam Negeri boleh menarik balik taraf penduduk tetap kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah dengan mengisytiharkannya sebagai imigran larangan. Mereka tidak akan dibenarkan memasuki negara ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Y.B. Menteri Dalam Negeri.
Hal Ehwal Imigresen
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat