Rayuan Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas
Pas Lawatan Ikhtisas dikeluarkan kepada warganegara asing yang berhasrat untuk memasuki negara ini dengan tujuan untuk bertugas dengan mana-mana agensi. Tempoh sah pas ini adalah pelbagai tetapi tidak melebihi 12 bulan pada bila-bila masa.
Pas Lawatan Ikhtisas ini akan dipertimbangkan bagi kategori-kategori yang berikut:
- Artis
- Mubaligh (Islam)
- Mubaligh (Agama Lain)
- Pakar / Sukarelawan
Pemohon perlu berada di luar Malaysia semasa tempoh permohonan. Kemasukan pemohonan hanya sah bila pas telah dikeluarkan. Sekiranya permohonan telah ditolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebanyak 2 kali, pemohon boleh membuat permohonan rayuan di :
Bahagian Hal Ehwal Imigresen,
Kementerian Dalam Negeri
Aras 5, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan memproses dan mengemukakan keputusan berhubung permohonan rayuan Pas Lawatan Ikhtisas dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima
Hal Ehwal Imigresen
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat