header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Hal Ehwal Imigresen
  • Rayuan Permohonan Jawatan Pegawai Dagang Selepas Ditolak Kali Kedua Oleh Jabatan Imigresen Malaysia

Rayuan Permohonan Jawatan Pegawai Dagang Selepas Ditolak Kali Kedua Oleh Jabatan Imigresen Malaysia

Syarikat asing adalah dibenarkan untuk membawa masuk kakitangan-kakitangan untuk mengisi jawatan-jawatan yang mempunyai kekurangan warganegara Malaysia yang terlatih untuk mengisi jawatan tersebut.

Dari segi dasar, pegawai dagang hanya dibenarkan bekerja di Malaysia ini untuk tempoh selama 10 tahun sahaja. Rayuan pengecualian hendaklah dirujuk ke Bahagian Hal Ehwal Imigresen untuk pertimbangan dan kelulusan. Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan mempertimbangkan rayuan kali kedua setelah di tolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan mengemukakan akuan penerimaan rayuan pegawai dagang, kepada pemohon dalam tempoh 1 hari bekerja selepas permohonan diterima di kaunter oleh Bahagian Hal Ehwal Imigresen. Makluman juga akan diberi kepada pemohon mengenai permohonan rayuan pegawai dagang yang tidak lengkap atau yang tidak mengikut peraturan.

Bahagian Hal Ehwal Imigresen akan memproses dan mengemukakan keputusan berhubung permohonan rayuan jawatan Pegawai Dagang dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.