1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Pengambilan Pelajar Antarabangsa oleh Institusi Pendidikan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong hasrat dan usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Menjelang 2010, disasarkan seramai 100,000 pelajar asing akan belajar di negara ini. Sehubungan itu, KDN akan sentiasa bekerjasama secara erat dengan kedua-dua kementerian tersebut dalam merealisasikan hasrat itu.

Berikut adalah garis panduan pengambilan pelajar antarabangsa:

Akta dan Peraturan

Peraturan 13 (5) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 menggariskan bahawa:

a. Sesebuah institusi pendidikan yang ingin mengambil pelajar antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

b. Manakala bagi institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak memerlukan  kelulusan daripada Kerajaan Negeri masing-masing.

KDN akan memproses permohonan pengambilan pelajar antarabangsa berdasarkan kriteria berikut:

i.  Pendaftaran Institusi Pendidikan masih sah;

ii. Telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh agensi yang berkenaan;

iii. Kursus telah diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN);

iv. Belum pernah melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigesen 1963; dan

v. Didapati mampu menyediakan kemudahan dan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang baik

vi. Berdasarkan perakuan agensi Kerajaan yang berkenaan; atau

vii. Lawatan secara rawak oleh KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Permohonan yang lengkap diterima KDN akan diketahui keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Kelulusan bagi pengambilan pelajar antarabangsa oleh Institusi Pendidikan boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh KDN sekiranya Institusi Pendidikan didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 & Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan lain-lain syarat yang telah ditetapkan. Setelah mendapat kelulusan KDN untuk mengambil pelajar antarabangsa, Institusi Pendidikan boleh membuat permohonan Pas Pelajar di Jabatan Imigresen Malaysia.

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

14421825

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime