Permohonan Baru
1. Borang Permohonan (Borang Lesen Mesin Cetak)
1 keping borang Lesen Mesin Cetak, dokumen-dokumen syarikat & pelan pandu kepada KDN, Dewan Bandaraya (DB) / Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) /Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Untuk memiliki Lesen Mesin Cetak, pemohon perlu mendapatkan surat sokongan daripada DB / SUK / PBT dan JKKP.
2. Dokumen-dokumen Syarikat
- Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad
- 1 Salinan Borang 9 atau 8 atau 13, Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan benar.
- 1 salinan M & A (Memorandum Articles of Association) yang disahkan benar.
- Syarikat Tunggal / Perkongsian
- 1 salinan Borang D (sijil Pendaftaran Perniagaan), Borang A atau Borang B(Maklumat Pemilik Masa Kini, Dahulu dan Perniagaan) yang disahkan benar.
- Pertubuhan / Persatuan / Kesatuan /Koperasi / Institusi Percetakan
- 1 salinan Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan / Kesatuan / Koperasi / Institusi Percetakan atau maklumat yang setaraf dengannya yang disahkan benar.
- 1 salinan Perlembagaan yang disahkan benar.
- 1 salinan senarai Ahli Jawatankuasa yang disahkan benar.
3. Pelan-pelan
1 salinan Pelan Pandu bersaiz A4.(Pelan tunjuk arah ke premis percetakan).
Lesen Mesin Cetak
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat