header plain mobile2

Permohonan Permit Filem Import

Memproses dan Mengeluarkan Permit Filem Atau Bahan Publisiti Filem Yang Diimport

 

Tujuan

Pemunya sesuatu filem atau bahan publisiti filem yang diimport dari luar negara dikehendaki mempunyai Permit Filem yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapis Filem bagi tujuan pelepasan filem atau bahan publisiti filem daripada tahanan pihak Kastam DiRaja Malaysia.

 

Syarat Am

Borang Permohonan Permit Filem/Bahan Publisiti Filem. Borang boleh dimuat turun dari laman web ini dan di hantar ke alamat berikut :

 

1. Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan
Aras 2, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya; atau

 

2. Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan
Kementerian Dalam Negeri Sabah
Aras 3, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS-Sulaman, Likas
88400 Kota Kinabalu , Sabah; atau

 

3. Bahagian Kawalan Penapisan Dan Penguatkuasaaan
Kementerian Dalam Negeri Sarawak
Tkt 2, Wisma Am Finance
Jalan Hj. Taha
93400 Kuching, Sarawak.

 

Resit asal dan salinan bayaran FINAS yang boleh dibuat di Pejabat FINAS.

Permohonan Permit yang lengkap akan diproses dan dikeluarkan Permit Filem serta merta.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 03-88863000.