1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

 

1. Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen ?

  • Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

2. Apakah prosedur untuk memohon Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran.

  • Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
  • Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :-
    • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
    • Salinan Surat Pendaftaran
    • Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
    • Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran – Borang A (1)
    • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
    • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang :
      • Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
      • Pengajian Syariah
    • Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
    • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
    • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)

3. Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ?

  • Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan Lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.

4. Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia ?

  • Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs An’ Asim.

5. Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks Al-Quran ?

  • Setiap teks Al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

15342869

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime