Garis Panduan
Garis Panduan Permohonan Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran
1. Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran
- Berdasarkan Peruntukan dibawah Seksyen 5(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ), seseorang yang ingin mencetak/ menerbit hendaklah memohon lesen mencetak/menerbit dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri
2. Prosedur Permohonan
- Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
- Sertakan maklumat-maklumat/dokumen berkaitan:-
- Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah.
- Salinan Surat Pendaftaran.
- Borang A – Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
- Borang maklumat tambahan permohonan bagi Lesen untuk Mencetak / Menerbit Teks Al-Quran – Borang A(1).
- Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
- Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang kelulusan pakar dalam bidang:
- Senarai Nama Pekerja Yang Dibayar Caruman EPF
- Salinan Sijil Keahlian Persatuan Pencetak (jika ada)
- Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
- Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, Photostat, mesin dan lain-lain)
3. Keperluan Memiliki Lesen Untuk Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran
- Ia merupakan satu undang-undang yang dikuatkuasakan dan sekiranya anda beroperasi tanpa lesen yang sah dan didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
4. Bayaran Yang Dikenakan
- Seseorang yang telah diberi kelulusan permohonan lesen perlu membuat bayaran sebanyak RM 300.00 setelah sesuatu permohonan diluluskan.
5. Bilakah Anda Boleh Memilikinya
- Setelah permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri dan diluluskan oleh Lembaga dalam masa tiga bulan atau Mesyuarat Lembaga yang terhampir.
6. Tempoh Sah Laku Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran
- Tempoh sahlaku lesen tersebut berterusan sehinggalah ia dibatalkan.
Kawalan Teks Al-Quran
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat
