1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Pengumuman :

PEMBUKAAN PERMOHONAN LESEN DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971

“Dimaklumkan bahawa permohonan lesen di bawahAkta Ejensi Persendirian 1971 telah dibuka.

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON LESEN AGENSI PERSENDIRIAN DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971

1. Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:

(i) Lesen 2(a)
    “Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”

(ii) Lesen 2(b)
     “Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain”

2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen  2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut:-

(a) Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat.

(b) Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang  berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.

(c) Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.

(d) Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.

(e) Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.

3. Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.

(b) Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas
pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat
sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham
syarikat.

(c) Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.

(d) Mempunyai modal berbayar RM50,000.00

*Borang permohonan lesen agensi persendirian boleh didapati di:

Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

* Borang adalah percuma

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

17230795

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime