1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON LESEN AGENSI PERSENDIRIAN DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971

1. Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:

  • Lesen 2(a)
    • “Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”
  • Lesen 2(b)
    • “Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain”

2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi  permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut;

  • Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegangsaham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekaspegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRajaMalaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU Salah seorang terdiri daripadasekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan danProfesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selamasekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setarafdengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  • Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  • Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
  • Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 70%.


3. Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syaratseperti berikut:

  • Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.
  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  • Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  • Mempunyai modal berbayar RM50,000.00

* Borang permohonan lesen agensi persendirian boleh didapati di:

Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

* Borang adalah percuma

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16368334

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime