1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER
Proses perkhidmatan KDN merangkumi pelaksanaan pelbagai fungsi yang dipertanggungjawabkan. Sebahagiannya ialah fungsi operasi dan sebahagian lagi fungsi perkhidmatan sokongan.

Dalam menjalankan tadbir urus tentang keselamatan negara dan ketenteraman awam, KDN pada asasnya memberi penekanan kepada tiga aspek penting, iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.

Pelanggan dan kumpulan sasar KDN bukan sahaja warga negara tetapi juga bukan warga negara, sama ada yang mendapat taraf pemastautin tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong. Malah warga asing yang datang tanpa mendapat izin sah atau pendatang tanpa izin (PATI) juga merupakan kumpulan sasaran KDN. Matlamat akhirnya ialah untuk memelihara dan menjamin agar negara sentiasa dalam keadaan aman dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera.

Bagi warga negara, mereka perlu mempunyai identiti dan direkodkan. Proses ini bermula dengan kelahiran hinggalah mereka meninggal dunia. Mereka juga perlu mempunyai dokumen untuk keluar negara. Kepada yang ingin mengadakan pertubuhan, mereka perlu mendapat kebenaran dan mengikut syarat yang ditetapkan. Peranan utama KDN ialah menguruskan semua rekod mengenai kependudukan, imigresen dan pertubuhan ini dengan cekap agar rekod ini tepat dan sah.

Kemasukan warga asing memerlukan kawalan dan penguatkuasaan yang rapi. Mereka yang memasuki negara secara sah diuruskan melalui pengeluaran dokumen sah yang sesuai dengan tujuan sepanjang mereka berada dalam negara. Bagi sebahagian yang memasuki negara secara tidak sah, mereka perlu dikesan dan ambil tindakan undang-undang serta dikenakan hukuman. Matlamat akhirnya ialah menentukan warga asing berada di negara ini secara sah.
Pengeluaran pelbagai dokumen dan pengurusan berbagai-bagai jenis rekod tentang warganegara dan bukan warganegara boleh dianggap sebagai tindakan pencegahan, iaitu memastikan mereka mempunyai identiti yang sah. Dengan itu hak mereka dapat dibezakan dan mereka boleh dikesan jika berlaku pelanggaran undang-undang negara. Tindakan mendaftar pertubuhan dan menyenggara rekod mereka dapat mengelak daripada wujudnya pertubuhan haram yang boleh menggugat keselamatan negara. Pengurusan aspek pencegahan boleh membantu mengurangkan bebanan penguatkuasaan dan pemulihan.

Dalam mengendalikan penguatkuasaan dan pemulihan, KDN berdepan dengan pelbagai jenis kumpulan sasar. Pertama penjenayah. Peranan KDN dan beberapa jabatan di bawahnya ialah menentukan penjenayah dikenakan tindakan undang-undang, membawa mereka ke muka pengadilan, menahan dan melaksanakan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah dan dalam kes-kes tertentu membantu memulihkan mereka. Matlamat akhir ialah memastikan negara bebas daripada jenayah.
Kumpulan sasar kedua ialah pengedar dan penagih dadah. KDN dan agensinya bertanggungjawab membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta menentukan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Hasil yang diharapkan akhirnya ialah memastikan negara bebas daripada dadah.

Kumpulan sasar ketiga ialah mangsa bencana atau krisis kerana satu lagi tanggungjawab KDN dan agensi berkenaan di bawahnya ialah mengendalikan operasi menyelamat orang awam dari ancaman bencana dan krisis. Proses penting yang dilakukan ialah melibatkan penyertaan orang awam dalam mencegah dan membantu operasi ini. Sasarannya ialah menentukan negara sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang bencana atau krisis.

Satu lagi kumpulan sasar yang juga besar jumlahnya ialah pencetak, penerbit pengeluar dan pengedar bahan media cetak, media elektronik dan filem Kumpulan ini wujud kerana keperluan untuk menyelia dan memantau semua bahan-bahan untuk sebaran kepada umum ini dan menguatkuasakan undang-undang sekiranya berlaku penyelewengan. Ini termasuk memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan Al-Quran.

Semua proses utama di atas dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi pelaksana KDN dan disokong oleh semua Bahagian di KDN dalam pelbagai bidang seperti dasar, perundangan, kewangan, sumber manusia dan teknologi. Bahagian ini harus bergerak sebagai satu pasukan dengan matlamat utama menggunakan sumber secara optimum dan diurus dengan cekap.

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

15698923

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime