1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

 

 1.Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN. Pengukuran atau penilaian ini perlu berdasarkan indeks jenayah, penyalahgunaan dadah, penerbitan, filem, pertubuhan, kewarganegaraan, pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
 
2.Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang awam tentang kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
 
3.Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undang-undang. Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh dan kacau bilau dapat dibendung
 
4.Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti secara cekap dan berkesan kepada pelanggan yang melibatkan urusan-urusan penting seperti pendaftaran pengenalan diri, pasport, pendaftaran pertubuhan, penerbitan, mesin cetak, agensi persendirian, senjata api, filem dan teks Al-Quran.
 
5.Menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Badan-badan Antarabangsa yang terlibat untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
 
6.Memantapkan hubungan kerjasama dan kolaborasi dalaman antara Bahagian-Bahagian dan Jabatan / Agensi di bawah KDN.
 
7. Memantapkan mekanisme pentadbiran, sistem pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia, penggunaan ICT, perolehan dan pembangunan infrastruktur dalam menyumbang kepada usaha KDN seiring dengan kemajuan teknologi, pertumbuhan sosioekonomi dan keperluan negara semasa serta pencapaian matlamat Pelan Strategik Tujuh (7) Tahun KDN (2009 – 2015

 

 

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

17293720

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime