1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Berdasarkan Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pasukan Polis adalah    bertanggungjawab bagi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis. Walaubagaimanapun, tidak semua tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh suruhanjaya kerana sebahagian daripada tugas-tugas kewajipan dan tanggungjawab tersebut diwakilkan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan P.U (B) 441 bertarikh 14.12.2000. suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu :-

  1. Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis, yang hendaklah menjadi pengerusi;
  2. Pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis;
  3. Orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri ynag pada masa ini dipertanggungkan dengan tangunggjawab bagi polis;
  4. Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
  5. Tidak kurang daripada dua(2) orang tetapi tidak lebih daripada enam(6) orang anggota lain, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

15703176

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime