1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

VISI

Khidmat kepeguaman dan nasihat perundangan yang terbaik, cekap dan berkesan.

MISI

Penyampaian khidmat kepeguaman dan nasihat perundangan yang cekap, tepat dan mantap.

FUNGSI DAN BIDANG KUASA PERUNDANGAN

Rasional kewujudan  jawatan Penasihat Undang-Undang Kementerian adalah berdasarkan kepada Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut :-

Perkara 145. Peguam Negara

(2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Penasihat Undang-Undang yang bertugas di Kementerian merupakan wakil khas Peguam Negara yang mana fungsi amnya adalah untuk menasihati kementerian dalam hal-hal perundangan. Oleh yang demikian, kehadiran Penasihat Undang-Undang kementerian ialah bagi melaksanakan tugas-tugas Perlembagaan seperti yang dinyatakan dengan jelasnya di bawah Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh Penasihat Undang-Undang adalah seperti berikut :-

  • Menyedia dan mengurus segala aspek pembelaan terhadap permohonan kes-kes habeas corpus;
  • Memberi nasihat undang-undang kepada Kementerian secara bertulis atau lisan;
  • Menggubal / meminda undang-undang utama termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;
  • Menggubal / meminda undang-undang subsidiari termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;
  • Menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang ada kesan di sisi undang-undang untuk ditandatangani oleh Kementerian;
  • Sebagai perantara bagi pihak Kementerian dalam kes-kes sivil yang di bawah bidangkuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang – memfailkan tindakan bagi pihak Kerajaan sebagai yang menuntut; dan
  • Sebagai perantara bagi pihak Kementerian dalam kes-kes sivil yang di bawah bidangkuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang – tindakan di mahkamah apabila pihak Kerajaan dituntut.

Bidang Kuasa Perundangan

Bidang kuasa Kementerian ini dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 (P.U.(A) 206/2004) dan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (Pindaan) (No. 2) 2006 (P.U. (A) 352/2006).

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16629616

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime