Pengenalan
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing adalah urusetia Pusat Kelulusan Setempat Pekerja Asing (One Stop Centre) yang diwujudkan bagi mengendalikan permohonan pengambilan pekerja asing untuk sektor-sektor yang dibenarkan setelah majikan gagal mendapat pekerja tempatan.
Kewujudan Pusat Kelulusan Setempat Pekerja Asing adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan tadbir urus yang baik serta mengurangkan birokrasi seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian dan mengandungi empat unit sebagaimana berikut:
* Unit Permohonan dan Pemprosesan
* Unit Dasar dan Rundingan Dua Hala
* Unit Naziran, Aduan dan Outsourcing; dan
* Unit Sistem Maklumat dan Pentadbiran
Objektif
Mempercepat dan mempermudahkan proses kelulusan permohonan bagi pengambilan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang dibenarkan.
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat
