1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang menyediakan perkhidmatan sokongan dalam semua bidang khidmat pengurusan dan perhubungan awam dengan cekap dan berkesan.

Bahagian Khidmat Pengurusan juga mengendalikan semua aspek urusan keselamatan dokumen dan juga aspek fizikal, menguruskan sistem fail serta menjadi urus setia mesyuarat, semua majlis rasmi kerajaan dan lawatan-lawatan rasmi.

Visi

  • Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.

Misi

  • Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga KDN dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian;
  • Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
  • Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga Kementerian, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;
  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;

 

  • Memberi perkhidmatan perpustakaan seperti mengurus, menyelenggara dan memelihara koleksi perpustakaan untuk kegunaan kakitangan merujuk atau meminjam bahan, serta perkhidmatan pengesanan dan pencarian sumber maklumat, mendokumen  maklumat dan edaran maklumat;
  • Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar  dan peraturan yang dilaksanakan oleh Kementerian. Fungsi utama Kementerian dapat dijelaskan dengan memberi penerangan, mengumpul maklumbalas dan mewujudkan perhubungan awam yang berkesan dengan pihak media; dan
  • Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Bahagian-bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam Kementerian Dalam Negeri.

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

17776978

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia