Pengenalan
Bahagian Kewangan adalah bahagian yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan dasar-dasar pengurusan belanjawan, mengkaji, menyediakan anggaran perbelanjaan bagi program-program Maksud Bekalan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ia juga merupakan bahagian yang melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan melalui pengurusan pembayaran gaji/elaun dan tuntutan perjalanan kakitangan KDN, memproses pembayaran ke atas barangan dan perkhidmatan dari bahagian - bahagian di KDN.
Visi
Ke arah mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berhemah.
Misi
Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemah berlandaskan undang-undang, peraturan dan arahan semasa.
Objektif
Menyediakan peruntukan kewangan mengurus yang mencukupi untuk semua program dan aktiviti bagi mencapai visi dan misi kementerian dan mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan serta komited.
Bahagian Kewangan
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat