1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER


Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK) adalah merupakan salah satu bahagian daripada 25 bahagian utama di dalam Kementerian Dalam Negeri.

Secara umumnya fungsi Bahagian KK adalah untuk memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang berkait keselamatan dalam negeri.

Bahagian KK pada asasnya merangkumi tiga (3) aspek penting iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.  Elemen pertama dan kedua iaitu pencegahan dan penguatkuasaan direalisasikan melalui pelaksanaan Undang-Undang Pencegahan sedia ada yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini iaitu:

  1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960;
  2. Ordinan Darurat (Ketenteraman Awan dan Mencegah Jenayah) 1969;
  3. Akta Mencegah Jenayah 1959;dan
  4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

Elemen ketiga iaitu Pemulihan direalisasi melalui program pemulihan yang telah dirangka terhadap tahanan-tahanan yang telah dikenakan perintah tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA).

 Visi

Menjamin Keselamatan Dalam Negeri Terpelihara

 Misi

Mentadbir Urus Dasar Keselamatan Dalam Negeri Bagi Memastikan Kedaulatan, Keutuhan, Keamanan Dan Kepentingan Negara Serta Rakyat Terjamin Dari Ancaman Keselamatan Dalam Negeri.

Objektif

  1. Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara
  2. Membanteras segala bentuk ancaman berunsur sabversif, ekstremis,
    spionaj,sabotaj, kekerasan dan keganasan.
  3. Memastikan keselamatan dan keharmonian rakyat Malaysia terjamin 

Fungsi Utama Bahagian

  1. Menentukan pelaksanaan dasar- dasar yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam supaya keselamatan negara terpelihara;
  2. Menentukan supaya pelaksanaan undang- undang dan peraturan dilaksanakan dengan teliti, adil dan berkesan;
  3. Memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara melalui kerjasama serantau dan global dengan negara luar/asing yang mempunyai kepentingan bersama dalam bidang keselamatan.
  4. Memastikan pemantauan terhadap undang-undang, peraturan dan program pemulihan dilaksanakan dengan berkesan.
  5. Mengkaji kesesuaian dan keberkesanan dasar, undang-undang dan peraturan yang sedia ada selaras dengan keadaan dan keperluan semasa.

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16048483

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime