Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam secara ringkasnya dikenali sebagai Bahagian PDR telah diwujudkan dengan rasminya berkuatkuasa 16 Ogos 2008 apabila Waran Perjawatan W. P. Bil. K 104 / 2008 bertarikh 26 Ogos 2008 dan Arahan Pentadbiran oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bil. 3 Tahun 2008 bertarikh 10 September 2008 dikeluarkan. 

 

Sebanyak 25 jawatan diluluskan iaitu satu jawatan PTD Gred M54, satu jawatan PTD Gred M52, dua jawatan PTD Gred M48, enam jawatan PTD Gred M44 / 41, satu jawatan Penguasa Penjara Gred KX44, satu jawatan Pegawai Antidadah Gred S44, satu jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, satu jawatan Pembantu Tadbir Gred N22 (Perkeranian / Operasi), tujuh jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 (Perkeranian / Operasi), dua jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 (Kesetiausahaan), satu jawatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 dan satu jawatan Pekerja Am Pejabat Gred N1.

 

Dengan penggabungan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri dan penyusunan semula Kementerian Dalam Negeri, maka wujudlah Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam pada tahun 2008.

 

OBJEKTIF

1.Memastikan perlaksanan dasar-dasar di Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia memenuhi kehendak stakeholders dan memberi kepuasan kepada pelanggan melalui kajian, pemantauan dan penyelarasan aktiviti yang dijalankan.

 

2.Memastikan cadangan, teguran dan aduan berkaitan kepenjaraan, antidadah dan kesukarelawan diberikan maklumbalas yang sewajarnya dan cadangan balas penambahbaikan dilakukan melalui samada mewujudkan peraturan baru, meminda undang-undang atau mewujudkan undang-undang baru.

 

3.Memberikan kerjasama kepada semua pihak untuk mempertingkatkan jalinan kerja dan kolaborasi dalaman dan luaran.

 

FUNGSI UTAMA

Fungsi Bahagian PDP adalah untuk mengkaji, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar-dasar di Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. Bahagian ini juga menyelaras proses merangka, mewujud atau meminda dasar, peraturan atau undang-undang dalam menjamin keberkesanan fungsi dan kecekapan operasi Jabatan dan Agensi di bawahnya.

 

Visi

Peneraju Dasar Kepenjaraan, Anti-Dadah dan Kesukarelawan.

 

Misi

Mentadbir urus Dasar Kepenjaraan, Anti-Dadah dan Kesukarelawan untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

 

ISO

Ikuti Kami

QR KDN Twitter Facebook KDN Video KDN Emel KDN Instagram KDN YouTube KDN
Twitter TPM Facebook TPM Instagram KDN YouTube KDN 

Statistik

31721800

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS IDEA HATCH Portal Puspanita KDN
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Perakuan Akruan