1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 28 Januari 2010 dan Enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menjadi tonggak GTP, iaitu Mengurangkan Jenayah, Membanteras Rasuah, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar diberikan penekanan bagi mempastikan Gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” direalisasikan. Pada tahun 2011, Kerajaan memperkenalkan NKRA yang ketujuh bagi menangani isu yang sentiasa menghuni hati rakyat, iaitu Menangani Kos Sara Hidup.

NKRA Mengurangkan Jenayah diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri meliputi keseluruhan proses memerangi jenayah, daripada peringkat Pencegahan Jenayah, Pengesanan Jenayah dan Tangkapan, Perbicaraan Pelaku Jenayah serta Penjara dan Pemulihan selain daripada inisiatif untuk menambah baik persepsi masyarakat serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan pasukan PDRM. Bahagian NKRA ditubuhkan pada akhir tahun 2009, bertujuan merancang, menyedia, menyelaras dan memantau kemajuan 55 inisiatif yang dihasilkan oleh Makmal NKRA Mengurangkan Jenayah.

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

   ISO 9001:2008ISO 9001:2008

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

12140434

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime