Pengenalan
Bahagian ini diwujudkan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 27 Mac 2004 ekoran pembentukan Kabinet baru oleh mantan Perdana Menteri. Sebelum tarikh tersebut, ia dikenali sebagai Bahagian C di bawah Kementerian Dalam Negeri. Setelah penggabungan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri pada 18 Mac 2008, Bahagian ini dikekalkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Visi
Organisasi Terbaik, Pemelihara Kesejahteraan Rakyat Daripada Ancaman Penerbitan Negatif Dan Penyelewengan Al-Quran.
Misi
Memelihara Kesejahteraan Rakyat Melalui Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan terhadap Bahan Bahan Penerbitan Dan Teks Al-Quran.
Objektif
- Mengawalselia dan menguatkuasa aktiviti percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan.
- Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan Teks dan bahan Al-Quran.
Fungsi
Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran berperanan mengawal dan memastikan semua bahan penerbitan dan teks Al-Quran yang dicetak, diterbit, diimport dan diedar di dalam negara tidak mengandungi bahan-bahan negatif, tidak diingini dan tidak mengandungi kesilapan yang boleh menjejaskan Al-Quran sehingga memudaratkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat
Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat