Bahagian Hal Ehwal Imigresen berperanan memastikan dasar dan peraturan kemasukan orang asing ke negara ini bersesuaian dengan kepentingan negara di samping memastikan warganegara dan warga asing yang layak tidak dinafikan sebarang kemudahan imigresen. Bahagian ini juga berperanan menggubal dasar Imigresen dan Pasport, dasar Permit Masuk dan juga perkara yang berkaitan dengan dokumentasi di sempadan atau lintas batas antara dua negara.

Misi
Menyediakan kemudahan imigresen yang terbaik tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan.


Objektif
1. Memastikan dasar dan peraturan berhubung kemasukan orang asing ke negara ini bersesuaian dengan kepentingan negara.

2. Memastikan warganegara yang layak tidak dinafikan sebarang kemudahan imigresen.

3. Sebagai penghubung dan koordinator antara Kementerian Dalam Negeri dengan Jabatan Imigresen Malaysia tentang isu semasa dan tertentu samada bagi pihak Jabatan atau Kementerian.


Moto
Komited, Berkualiti, Budaya Cemerlang


Fungsi Utama

Fungsi utama bahagian ini meliputi kajian dasar, perundangan dan prosedur hal ehwal Imigresen berkenaan penyelarasan permit masuk, penyelarasan hubungan antarabangsa, penyelarasan kemudahan pas imigresen, penyelarasan kawalan dokumentasi dan urusetia bagi Makmal Pengurusan Warga Asing.

Bertindak sebagai urus setia kepada Y.B Menteri Dalam Negeri dalam melaksanakan kuasa-kuasanya yang berkaitan dengan imigresen.


Mengkaji permohonan-permohonan dan rayuan-rayuan yang diterima oleh Y.B Menteri Dalam Negeri dan mengemukakan ulasan dan syor untuk keputusan Y.B Menteri Dalam Negeri. Antara permohonan rayuan yang dipertimbangkan oleh Bahagian ini adalah:


 1. Permit Masuk
 2. Pas Lawatan Ikhtisas
 3. Ekspatriat
 4. Pembantu Rumah Asing yang bukan dari negara sumber
 5. Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta/Institut Pengajian Swasta/ Pusat Bertauliah

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNVideo KDNEmel KDNInstagram KDNYouTube KDN

Statistik

25416109

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Perakuan Akruan