Pengenalan
Pada 23 Oktober 2002, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pengwujudan Bahagian Hal Ehwal Bekas Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri. Bahagian ini mula beroperasi pada 2 Mei 2003 dengan perjawatan seramai 16 orang. Pada 3 November 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan penstrukturan Kementerian dengan mewujudkan Unit Penjara di Bahagian ini. Nama Bahagian telah ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis & Penjara. Waran perjawatan bilangan K84 bertarikh 11 Julai 2008 meluluskan satu jawatan Penguasa Penjara gred KX44. Sehingga Disember 2009, Bahagian ini mempunyai sebanyak 18 perjawatan.
Visi
Mempertingkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Hidup Bekas Anggota Polis dan Penjara.
Misi
Mentadbir Urus Kebajikan Bekas Anggota Polis dan Penjara.
Objektif
Menjaga kebajikan bekas anggota polis dan penjara bagi meningkatkan kualiti hidup.
Fungsi
Menjaga Kebajikan Bekas Anggota Polis Dan Anggota Penjara Serta Tanggungannya.
Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat