1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Bahagian Antarabangsa merupakan penyelaras tehadap semua isu berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa KDN. Selepas pengabungan di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2009, Bahagian ini telah bernaung dibawah Sektor Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

 Antara isu - isu antarabangsa dibawah tanggungjawab KDN kini termasuklah:

  • Hal ehwal imigresen
  • Hal ehwal pekerja asing
  • Kewarganegaraan dan pertubuhan
  • Hak asasi manusia
  • Jenayah rentas sempadan
  1. Keganasan
  2. Penyeludupan manusia dan Pemerdagangan orang
  3. Pemerdagangan dadah
  4. Pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan
  5. Pelanunan di laut
  6. Jenayah siber
  7. Jenayah ekonomi
  8. Senjata kecil & ringan
  • Kebebasan media

 

 

Bahagian ini juga bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa terutamanya bagi hubungan pelbagai hala, hubungan dua hala dan focal point ASEAN dalam isu yang berkaitan dengan KDN. Bahagian ini bertindak selaku penyelaras di antara KDN dan agensi-agensi Kerajaan dan antarabangsa seperti Kementerian Luar Negeri, pejabat-pejabat Perwakilan Asing di Malaysia serta Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa.

 

Pembahagian kepada tiga (3) unit

 

Unit ASEAN

  • KDN merupakan tunjang (focal point) bagi Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) yang diadakan setiap tahun dan ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) yang bersidang sekali setiap dua tahun. Di bawah Pelan Tindakan ASEAN bagi Menangani Isu-isu Jenayah Rentas Sempadan, Malaysia merupakan peneraju (lead shepherd) kepada komponen pelanunan di laut dan penggubahan wang haram daripada lapan (8) komponen jenayah rentas sempadan yang tersenarai di bawah Pelan Tindakan ASEAN.
  • Isu-isu hak asasi manusia yang selama ini begitu lantang diperjuangkan di fora-fora pelbagai hala antarabangsa telah turut mendapat perhatian di peringkat ASEAN. Memandangkan sebahagian besar isu-isu yang berkait rapat dengan hak asasi manusia menyentuh bidang tugas KDN seperti jenayah rentas sempadan, imigresen, pekerja asing, migrasi, pelarian, gender, hak asasi manusia, hak kanak-kanak, diskriminasi terhadap wanita, maka unit ini bertindak sebagai focal point dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia yang bertempat di Kementerian Luar Negeri (KLN).

UNIT MULTILATERAL

  • KDN memainkan peranan yang penting di peringkat pelbagai hala di fora antarabangsa melalui penyertaan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui agensi di bawahnya seperti United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) dan United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR). Disamping itu, mekanisma pelbagai hala yang lain adalah seperti pertubuhan antarabangsa lain seperti Persidangan Negara-negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), International Organization on Migration (IOM), Global Forum on Migration Development (GFMD)  berkait dengan isu-isu politik dan keselamatan serta migrasi. Tanggungjawab KDN merangkumi isu-isu berkaitan dengan jenayah rentas sempadan, imigresen, pekerja asing, migrasi, pelarian, gender, hak asasi manusia, hak kanak-kanak, diskriminasi terhadap wanita, senjata pemusnah besar-besaran (Weapons of Mass Destruction - WMD), senjata kimia, biologi, radioaktif, nuklear dan bahan letupan (Chemical, Biological, Radioactive, Nuclear,Explosives WarfareCBRNE Warfare) dan jenayah antarabangsa di bawah Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute of the International Criminal Court).
  • KDN juga merupakan salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN. Unit ini bertindak sebagai tunjang KDN dengan pihak KLN bagi isu hak asasi manusia dan bekerjasama rapat dengan KLN dalam penyediaan Laporan Negara, persiapan untuk penilaian Malaysia ke sesi penilaian UPR serta pemantauan bagi cadangan-cadangan yang diterima oleh Malaysia yang berkaitan dengan KDN. Unit ini turut menghadiri persidangan yang berkaitan dengan Majlis Hak Asasi Manusia seperti Persidangan Majlis Hak Asasi Manusia di mana pelbagai forum dan mesyuarat mengenai isu hak asasi manusia diadakan oleh negara-negara anggota Majlis.

UNIT BILATERAL

  • Jaringan kerjasama secara dua hala di antara KDN dan agensi-agensi serantau dan antarabangsa adalah amat penting dalam memantapkan lagi usaha-usaha membanteras jenayah rentas sempadan. Selain daripada itu, hubungan dua hala juga adalah signifikan dalam pengurusan isu-isu jenayah rentas sempadan, keselamatan negara dan kepolisan, ekstradisi, hal ehwal imigresen, migrasi dan pekerja asing. Unit ini bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar terutamanya United Kingdom, Australia, Netherlands, China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Unit ini juga bertindak sebagai focal point untuk agensi-agensi di bawah KDN seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti-dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat dengan agensi-agensi counterpart di negara-negara luar.

UNIT SEKRETARIAT MAPO

  • Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.
  • Membantu Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran menyelaraskan pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
  • Mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16407323

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime