Pengenalan
Bahagian Akaun, KDN adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan Kementerian Dalam Negeri dan merupakan Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) dibawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Sebagai Pejabat Perakaunan, Bahagian Akaun bertanggungjawab memperakaunkan kutipan hasil kerajaan dan menguruskan pembayaran bagi perbelanjaan Kementerian. Bahagian Akaun diketuai oleh Ketua Akauntan Gred Jusa C dengan perjawatan diluluskan seramai 139 orang. Sehingga Disember 2009, sebanyak 117 perjawatan telah diisi.
Dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan perakaunan, Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Operasi dan Cawangan Pengurusan Perakaunan. Cawangan Pengurusan Operasi bertanggungjawab memastikan bayaran termasuk pembayaran gaji dibuat mengikut peraturan, dan menentukan ketepatan pungutan hasil serta penyediaan Penyata Lengkap Kementerian. Cawangan Pengurusan Perakaunan pula bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan sistem yang dibangunkan berjalan lancar, memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan, menjalankan program naziran, menyemak akaun kira-kira wang tunai dan mengadakan lawatan mengejut ke PTJ. Bahagian Akaun juga terlibat di dalam menganjurkan kursus-kursus, latihan dan bengkel kewangan dan perakaunan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pengumpulan maklumat pengurusan.
Visi
Ke arah Menjadikan Perkhidmatan Perakaunan dan Kewangan kementerian yang terbilang
Misi
Memberikan Perkhidmatan Perakaunan Dan Kewangan Yang Terbilang Bagi Memastikan Kementerian Mencapai Objektifnya
Objektif
- Memastikan Pelaksanaan Sistem Perakaunan Dan Kewangan Yang Cekap.
- Memastikan Penyediaan Penyata Kewangan Kementerian Yang Benar Dan Saksama.
- Memastikan Bayaran Dan Hasil Diperakaunkan Dengan Tepat Dan Mematuhi Peraturan Kewangan Yang Berkuatkuasa.
- Memberikan Khidmat Nasihat Yang Berkualiti Berkaitan Perakaunan Dan Kewangan.
Bahagian Akaun
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat